Saturday, 21 January 2012

Insan teristimewa~

Assalamualaikum..,

Entry pada tarikh ini, dan waktu ini saya ingin bercerita tentang bagaimana saya dan Zarif Syafiq bercinta.

Zarif Syafiq nama yang cukup indah terukir dalam hati saya. Hati saya yang telah saya kunci, dengan izinNya hati saya telah dibuka untuk insan ini dan menjadi teristimewa dalam hidup saya. Dialah cinta saya setelah ALLAH, Rasulullah dan keluarga saya.


nilah dia Zarif Syafiq~


Pada mulanya, saya telah di "add" ke group "bekas budak sek6 kd" oleh seorang rakan sekolah rendah. Saya ni tak berapa nak aktif dalam group2 ni, sebab malas nak baca post dan komen yang banyak. Har har har.

Adalah satu hari tu, saya ternampak ada seorang budak lelaki ni aktif sangat kat group ni. Kebanyakan post yang ada dalam tu bagi kat dia je komen. Saya macam wondering siapa dia ni ye? Sambil perah otak dok memikirkan sama ada saya ni pernah tegur or kenal dia masa kat sekolah rendah dulu.

Saya ada juga post kat group tu, dan dia juga yang komen kat post saya tu. Saya ni kalau orang yang tak berapa nak kenal tu, macam agak malas betul nak berbalas komen. =P

Sampailah suatu hari ni, kawan saya (Intan) ajak keluar. Kawan saya tu ajak keluar dari pagi/tengah hari lagi, tapi saya tak dapat keluar awal atas sebab2 tertentu. Masa petang dalam pukul 5 macam tu baru dapat jumpa. Masa Intan ajak jumpa tu, dia ada sebut nama Zarif. Tapi masa tu saya tertanya-tanya jugak, siapa Zarif yang dia ajak ni.

Setibanya di restoran spicy, saya tercari-cari di manakah keberadaan kawan-kawan saya ni? (ayat nak skema je)

Beberapa langkah kaki saya masuk ke restoran tersebut, saya ternampak ada dua orang. Mana kawan saya yang lagi sorang ni?? Okey, tak mengapa. Saya teruskan melangkah sampai ke meja yang ada dua orang tu..
Saya pun menyapa mereka dan terus duduk. Saya pun berbual-bual dengan mereka sambil menunggu ketibaan vvip yang sedang menangkap gambar passport. Sebenarnya masa tu, saya agak segan dan saya ni pendiam juga orangnya yang sebenarnya dan tetiba saya boleh jadi cam agak peramah dan banyak cakap. hoho.

Then, borak-borak sampai pukul 6 lebih dah. Rasa sekejap dan tak puas nak berborak lagi. Rasa cam menyesal pun ada gak datang lewat sangat hari tu. -.-

Balik tu, ingat nak jalan kaki. Sekali Zarif nak hantar naik kereta dia sampai kat depan surau berdekatan dengan rumah saya. Tak naklah menyusahkan orang sampai nak hantar dekat rumah. Dalam hati saya semasa berjalan ke rumah " oh, baik juga dia ni hantar kawan2 dia balik rumah" =)

Di restoran spicy itulah yang menjadi titik pertemuan kami yang pertama.

Balik je daripada restoran tu, adalah sesi meng "add" dan meng "approve" kat facebook. Selama dok komen-komen kat group, tak add pun jadi friend kat muka buku tu. -.-

Masa tu, saya sedang bercuti semester. Saya bosan kat rumah, kerja on9 24jam la (okey tipu, tak de la smpai 24jam)

Ada waktu saya rajin online chat fb, dan Zarif menyapa saya di chat box tu. Chat, chat dan chat. Dia tanya saya, sama ada saya ada skype atau tak. Saya pun jawab lah ada, tapi lama tak bukak skype. Biasa saya skype dengan sepupu saya dan kawan-kawan baik saya sahaja. Dia mintak skype saya, saya pun bagilah dengan keadaan berat hati sebenarnya.

Dia pun add saya di skype. Lalu mengajak saya untuk webcam, okey saya pun webcam dengan dia di skype...




Skype, dan terus skype dan masih lagi skype.. Sampai suatu hari, sesuatu perasaan yang cam agak "aneh" hadir dalam diri ni..hehe. Tetapi biarlah rahsiaaaaaaaa........ =P

Pada tarikh 26 November 2011 menjadi tarikh istimewa juga dalam hidup saya dan permulaan cinta kami dan cinta itu masih lagi ada sampai sekarang dan yang saya harapkan biarlah sampai syurgaNya.

Sebenarnya banyak lagi yang ingin saya cerita, tapi cukuplah sampai di sini sahaja cerita yang ingin saya kongsikan bersama. =)

Apa yang saya harapkan biarlah hubungan ini terus kekal hingga ke Jannah-NYA.

Di bawah ni lukisan dari Zarif untuk saya.








Dalam hati ini ada bunga,
bunga ini untuk Dia dan dia.


Doakan supaya hubungan kami ini kekal sampai ke syurgaNya dengan ikatan pernikahan..

Sahabat boleh baca versi Zarif di sini --> http://zarifzaki.blogspot.com/


p/s  Zarif, mungkin ni macam lain sikit dari yang asal. Apa pun yang penting, rasa yang ada dalam hati ni takkan pernah berubah. Harap Zarif juga macam tu. =)

No comments: